KUALA LUMPUR: Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak di sini sejak November 2023.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata kertas siasatan kes berkenaan telah dilengkapkan dan dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.
"Empat anggota berkenaan direman selama tiga hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurut sumber, dalam kejadian berkenaan peniaga air ketum dan rakannya didatangi empat lelaki tempatan mengaku sebagai pegawai kanan polis sebelum memeriksa rumahnya.
Katanya, anggota itu kemudian menemukan 20 bungkus minuman dipercayai air ketum di dalam rumah dan kemudian meminta bayaran RM10,000 atau tindakan akan diambil terhadapnya.
"Mangsa diugut untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju sekiranya enggan membayar RM10,000. Mangsa kemudian berunding untuk hanya membayar RM5,000," katanya.
Setelah menerima wang, anggota itu berbincang dengan mangsa untuk berniaga air ketum dengan jaminannya dan beberapa hari kemudian anggota terlibat menghubungi mangsa untuk meminta bayaran bulanan sebanyak RM1,000.
Berasakan dirinya ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata keempat-empat anggota terlibat yang bertugas di sebuah daerah di Selangor kini ditahan tugas.
"Siasatan dalaman juga dijalankan selari dengan dengan tangkapan yang dibuat. (Tindakan terhadap) empat anggota kini diproses untuk tahan kerja," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Anggota polis terbabit menemukan 20 bungkus minuman dipercayai air ketum di dalam rumah mangsa sebelum meminta bayaran RM10,000. - Gambar hiasan
Polis Pulau Pinang tingkat kawalan susulan kejadian ceroboh balai, cuba rampas senjata
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, semua anggota bertugas diminta sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan.
AWANI-RareTV: Melawat pintu sempadan negara tertinggi di dunia
Lebih tinggi daripada puncak Kinabalu, pintu sempadan negara tertinggi di dunia terletak di Pakistan.
Pengawal peribadi kawal skuad Gergasi Merah
SELANGOR FC mengetatkan kawalan terhadap kesemua barisan pemain dan pengurusan bagi mengelakkan sebarang insiden jenayah berlaku kepada skuad Gergasi Merah itu.
Selangor sanggup bayar kerugian Piala Sumbangsih
SELANGOR FC sanggup menerima apa sahaja hukuman termasuk membayar kerugian susulan skuad Gergasi Merah itu menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu.
MITI rangka strategi pelbagaikan perdagangan, tumpu negara bukan tradisi - Tengku Zafrul
Dengan cabaran geopolitik yang mengurangkan jumlah perdagangan global, kementerian itu kini memfokuskan kepada negara di rantau Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah.
Tindakan tegas dikenakan jika Johor alami gangguan bekalan air - MB
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata isu tersebut masih lagi kerap berlaku di beberapa kawasan, termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.
Fokus Minggu Depan: Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Apa yang boleh hentikan genosid di Gaza?
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCare
Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Sabtu malam
Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Sabtu malam dalam serangan udara ganas Israel yang menyasarkan sebuah kompleks kediaman di utara kem pelarian Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Semua berada di belakang Selangor FC - Nidzam
Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil percaya sokongan tidak berbelah bahagi diterima skuad Gergasi Merah itu selepas kejadian menyedihkan menimpa Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Polis terlibat kemalangan sebabkan kematian remaja ditahan
Anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 9 pagi di IPD Alor Gajah.
Dua polis dipercayai peras ugut lelaki di BSI ditahan
Dua anggota polis dipercayai melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) membabitkan nilai RM2,000 ditahan.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Anggota polis korban insiden bot karam Kapit dikebumikan di Sibu
Jenazah Allahyarham Konstabel Iskandar Zulkarnain Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kemuyang lewat petang tadi.
Dua anggota polis disyaki berkhalwat ditukar serta-merta
Dua anggota polis yang dicekup kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di Tanjung Tokong, semalam telah ditukarkan serta-merta.
Lans koperal mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal mengaku tidak bersalah terhadap 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Empat lelaki ditahan disyaki curi kabel
Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.